fbpx
Musli (kiri) dan Muhammad Ikhwan (tengah) masing-masing didenda RM30,500 dan RM8,000 atas kesalahan melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Tidak pamer larangan jual rokok bawah umur, pemilik stesen minyak didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara tidak mempamerkan tanda amaran larangan penjualan produk merokok kepada individu bawah 18 tahun di premis perniagaannya, seorang pemilik stesen minyak didenda RM30,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memerintahkan demikian selepas orang kena saman (OKS), Musli Mustapa, 47, membuat pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,000 l atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, seorang lagi pemilik premis perniagaan turut dikenakan tindakan didenda RM8,000 atas kesalahan menjual produk merokok di bawah harga minimum ditetapkan.

Muhammad Ikhwan Mohamad, 32, didakwa menjual sekotak rokok pada harga RM6.50 sedangkan harga minimum jualan rokok ditetapkan ialah RM12.00 sekotak selaras peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN