fbpx
Gambar hiasan

Wisma Putra pantau rapi keselamatan Timur Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan menerusi Kementerian Luar Negeri Malaysia terus memantau perkembangan situasi keselamatan yang tidak menentu di Timur Tengah serta menyelaras tindak balas konsular bagi melindungi rakyat Malaysia di negara terjejas.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, keselamatan dan kebajikan warganegara kekal menjadi keutamaan.

“Keutamaan mutlak kami kekal terhadap keselamatan dan kebajikan warganegara Malaysia di negara-negara yang terjejas,” katanya di sini hari ini.

Sejak pemakluman terdahulu, perwakilan diplomatik Malaysia telah menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terkandas susulan pembatalan penerbangan.

“Semua individu yang dihubungi kekal selamat,” katanya.

Wisma Putra berkata, ketika ini bantuan sedang disalurkan atau diselaraskan bagi rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi, United Kingdom, Syria, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan tidak penting ke rantau berkenaan, berhubung terus dengan syarikat penerbangan untuk maklumat terkini serta mendaftar melalui sistem E-Konsular.

“Kementerian menggesa semua rakyat Malaysia agar kekal tenang dan hanya bergantung kepada sumber berita rasmi,” katanya.

Bagi kecemasan konsular, orang ramai boleh menghubungi Bilik Operasi kementerian di talian +603-8887 4570 atau e-mel [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI