KEMUNCULAN kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 bukan sekadar pelancaran model baharu tetapi simbolik perubahan gaya hidup. Selepas sekian lama, rakyat Malaysia bergantung kepada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), langkah berani Proton memperkenalkan EV mampu milik ini dilihat sebagai titik perubahan penting dalam industri automotif tempatan. Apa yang menjadikan e.MAS 7 begitu menarik adalah keseimbangan teknologi hijau, sifar emisi karbon, harga mesra poket serta identiti tempatan yang kuat. Ia bukan sekadar EV tetapi satu kenyataan bahawa mobiliti masa depan tidak……














