PETALING JAYA – Amanat arwah ibu supaya mencari adik bongsu yang terpisah sejak tahun 1995 sentiasa menjadi pegangan Sukri Omar, 53. Siapa sangka, selepas pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk membuat hebahan di radio, televisyen dan terbaharu di media sosial, Sukri dan adiknya, Jaffry, 51, akhirnya bertemu semula pada 10 Februari lalu setelah lebih 30 tahun terpisah. Menurut Sukri, tiada kata-kata yang dapat digambarkan dalam pertemuan penuh beremosi di Manjung, Perak baru-baru ini. “Kami berpelukan, hanya Tuhan yang tahu perasaan itu. Kegembiraan……














