fbpx
KEAKRABAN Hawa dan Boss James kini seperti ada yang tidak menyenangkan mata netizen.

‘Manja’ dengan Boss James, Hawa Rizwana ‘dipangkah’ peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-baru ini nama Hawa Rizwana tiba-tiba menjadi bualan hangat dalam media sosial, bukan pujian sebaliknya bertalu-talu kecaman diterima disebabkan video tular memaparkan dia sedang bersiaran langsung dengan pempengaruh media sosial, Boss James.

Kata netizen, mereka kurang selesa dengan dialog Boss James kerana bergurau tentang tangkap khalwat dengan seorang wanita Muslim dan bertudung.

Kemudian ada juga video tular lain memaparkan Boss James menghubungi Hawa hanya meminta pengacara itu membacakan niat puasa dan doa buka puasa.

Memang agak teruk juga Diva baca komen yang rata-ratanya tidak memberi restu pun kalau mereka berdua bercinta.

Paling teruk ada yang mula membuat tuduhan Hawa sengaja mengeluarkan perwatakan manja dan buat lenggok suara menggoda setiap kali berbual.

Bagi mereka, apa yang Hawa buat tidak melambangkan imej wanita Islam, terutama pada bulan Ramadan ditambah pula imejnya sebelum ini bersih daripada sebarang noda kontroversi.

Hati-hati Hawa, jangan sampai termakan diri hanya semata-mata nak buat konten dalam media sosial.
Kalau nampak semua kecaman tersebut, terima dengan berlapang dada dan ambil masa yang positif sahaja.

DIVA: Kasihan tengok wajah seorang artis, kejung, bengkak teruk gara-gara botoks!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI