fbpx
Gadis kacukan British-Bangladesh ini bukan saja diiktiraf remaja termuda dunia yang telah mengamati burung di semua benua, bahkan telah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains oleh sebuah universiti atas usaha-usaha birdwatching dan konservasinya.

Amati burung seluruh dunia bawa tuah buat Mya‑Rose Craig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETIKA remaja seusianya sibuk dengan sekolah, gajet dan media sosial, sebaliknya Mya‑Rose Craig dari Bristol, England telah melangkah lebih jauh.

Bagi gadis itu, birdwatching atau mengamati burung bukan sekadar minat atau hobi.

Sebaliknya, aktiviti itu menjadi cara hidup yang menghubungkan Craig dengan alam semula jadi, sekali gus membuka peluang kepadanya mengenali dunia luar.

Sejak kecil, gadis kacukan British-Bangladesh itu sering dibawa keluarganya melihat burung di taman, hutan dan tepi tasik untuk belajar mengenal bunyi, warna dan tingkah laku haiwan tersebut.

Setiap spesies burung yang diperhatikan atau habitat diteroka akan menjadi pengalaman belajar tidak ternilai buat Craig.

Menurutnya, hobi tersebut juga telah mendorongnya membuka blog, Birdgirl pada usia 11 tahun untuk berkongsi berkenaan burung ditemuinya.

“Saya suka melihat burung kerana ia mengajar saya erti kesabaran dan menghargai kepelbagaian alam.

“Saya mula menulis blog sendiri sejak umur 11 tahun untuk berkongsi cerita tentang burung dan pengalaman menjelajah alam semula jadi.

“Blog ini memberi saya peluang untuk berkongsi kegembiraan yang saya rasai setiap kali melihat burung baharu atau habitat unik,” katanya.

Biarpun masih di usia remaja, namun Craig sudah berani menganjurkan kem pemerhatian burung untuk kumpulan etnik minoriti.

Dia kemudian menubuhkan projek Black2Nature bagi mengatasi masalah kekurangan kumpulan itu dalam bidang birdwatching dan konservasi.

Menerusi usaha-usaha yang dijalankan, Craig telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains oleh University of Bristol pada 2020 ketika berumur 17 tahun.

Dia menjadi salah seorang penerima ijazah kehormat paling muda di Britain.

Ijazah itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kerja aktivisnya, terutamanya dalam usaha memupuk penyertaan pelbagai etnik dalam bidang alam sekitar melalui organisasi Black2Nature

Pada usia 18 tahun, Craig telah menulis beberapa buah buku, antaranya We Have A Dream yang menyoroti kisah 30 belia dari seluruh dunia yang berjuang menyelamatkan planet kita.

Buku keduanya, Memoir Birdgirl pula telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, manakala buku ketiganya, Flight merupakan naskhah kanak-kanak tentang migrasi burung.

Lebih menarik, nama Craig telah tercatat dalam Guinness World Records sebagai perempuan termuda mengamati burung di semua benua di dunia.

Kongsinya, pengalaman melihat lebih 5,000 spesies burung di dunia pada usia remaja sememangnya satu catatan yang tidak dapat dilupakan.

“Kalau saya ulang balik memori itu, saya akui teruja melihat burung shoebill di Tanzania, helang harpi di Brazil dan southern cassowary di Australia.

“Saya pernah lihat cassowary setinggi hampir dua meter. Sebagai seorang remaja belasan tahun ketika itu, burung berkenaan menarik imaginasi saya,” imbasnya yang kini menginjak usia 20-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN