SETIAP kali bulan Ramadan menjelma, tujuh beradik itu akan mula mempersiapkan perancangan dan operasi bagi pembuatan kuih tepung pelita yang dijalankan sejak turun-temurun. Menjadi rutin saban tahun, setiap daripada mereka akan menggalas tugas masing-masing bagi memastikan perniagaan manisan tradisi berpusat di Selayang, Selangor itu dapat memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Menurut salah seorang ahli dalam perniagaan Tepung Pelita 7 Beradik, Fatin Nur Ain Azman, 35, berniaga kuih tepung pelita sudah menjadi tradisi pada bulan Ramadan dan ia juga sangat……






