fbpx
PELBAGAI jenis ikan yang berjaya ditangkap di Kolam Pancing Nasir.

Kemeriahan memancing di Kolam Pancing Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOLAM Pancing Nasir di Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru ini merupakan lokasi strategik bagi warga kota yang inginkan ketenangan sambil memancing. 

Oleh itu, bagi anda yang berkesempatan berkunjung ke Johor Bahru, jangan lupa membawa set mengilat untuk mengisi masa senggang. 

Kolam ini sentiasa dibuka untuk menerima kunjungan tidak kira sama ada siang mahupun malam kerana ia beroperasi 24 jam.

Kolam tersohor

Ia merupakan antara kolam yang tersohor di daerah Johor Bahru dan pengusahanya sendiri mempunyai empat buah kolam berlainan di bawah kendaliannya. 

Kolam yang berada di persisiran cabang antara Sungai Tebrau dan Sungai Plentong ini mempunyai kelebihan semasa proses pertukaran dan perawatan air yang berhampiran dengan sumbernya. 

Diambil nama sempena pemilik kolam iaitu  Nasir, kolam ini gah terbentang bagi mengalu-alukan kehadiran warga kota yang ingin bertandang.

Kadar bayaran yang dikenakan juga berpatutan iaitu serendah RM100 bagi empat jam pertama beserta RM10 tambahan sebagai deposit yang akan dipulangkan setelah tamat waktu dan jika pemancing keluar tepat pada waktunya. 

Dengan kemudahan seperti gerai makan, tandas dan surau serta kolam yang sentiasa diselenggara, mendorong pemancing bertali arus mengunjunginya. Tempoh dan kos 

yang dikeluarkan tidak jauh beza dengan trip memancing di laut jika menyewa bot bagi pancingan seharian. 

Mungkin bagi kaki pancing yang menghadapi masalah mabuk laut, kolam berbayar air masin seperti ini boleh menjadi alternatif bagi kelangsungan hobi tersebut. 

Manakala bagi saya pula, kolam berbayar adalah tempat untuk melempiaskan keinginan memancing di kala monsun Timur Laut melanda Pantai Timur.

KOLAM ini yang terletak di pinggir bandar raya Johor Bahru dan jauh dari hiruk pikuk kesesakan mampu memberi sedikit ketenangan kepada pengunjung.

Ikan sasaran

Ikan yang disediakan di kolam ini ialah siakap merah, siakap putih, merah, gerepoh (GT), kerapu, jenahak dan bawal pinang. 

Kolam ini tidak dikhususkan untuk sesuatu teknik sahaja, pelbagai teknik lain seperti pancingan dasar dan pelampung juga selalu digunakan.

Menariknya, di kolam ini juga ramai peminat teknik mengilat akan singgah untuk menggunakan soft plastic (SP).

Saya pernah menemu bual seorang rakan pemancing berkaitan pasaran peralatan memancing dan beliau merumuskan pasaran terkini menjurus kepada kumpulan pemancing kolam berbayar. 

Pada hemat saya, benar kenyataannya kerana boleh diperhatikan kebanyakan produk-produk baharu sesuai digunakan di kolam berbayar seperti pelbagai jenis SP bersaiz kecil dan jighead dengan pelbagai berat dipasarkan. 

Ini bagi memenuhi permintaan pengilat tegar kolam pancing air masin. 

Tidak kurang juga bercambahnya pempengaruh media sosial yang membuat isi kandungan berkaitan pancingan kolam berbayar.

Saya sendiri meminati kaedah mengilat SP kerana lebih kepada pancingan rekreasi dan kepuasan mendaratkan ikan dengan teknik ‘menipu’ ini.  

Namun begitu, selain mengilat menggunakan umpan tiruan, pengilat juga boleh menggunakan udang kopek sebagai pengganti kepada SP.

Ada juga yang menggunakan udang hidup yang diunjun secara perlahan dan ini merupakan antara kaedah yang berkesan.

MEMANCING di kolam berbayar kadangkala dapat banyak hasil dan kadangkala ‘kumpau berdarah’, namun hasil bukanlah keutamaan bagi pemancing rekreasi, ‘healing’ itu lebih penting.

Rentak karauan

Ketika kunjungan ke kolam ini tempohari, saya menggunakan SP Ninja DraXskin 

2.2” (56mm) yang dipasang kepada jighead Berkley saiz 1/6 oz (4.7g) #1. 

Pelbagai cara karauan dilakukan sehinggalah saya menemui rentak yang sesuai bagi menggoda ikan di sini dengan bantuan dan tunjuk ajar rakan-rakan.

Setelah SP dilontar jauh ke tengah kolam, ia dibiarkan seketika sehingga jejak ke dasar, selepas itu saya membuat hanya dua kali henjutan lembut serentak mengarau perlahan dan proses ini diteruskan sehingga umpan menghampiri gigi air. 

Sasaran lontaran SP ialah kawasan struktur pembentung simen yang diletakkan sebagai rumah ikan. Lokasi pembentung ini mudah dikenal pasti berdasarkan tanda yang diletakkan oleh pihak kolam bagi membantu pemancing. 

 Ikan sekolah

Pada saya, masalah utama memancing ikan kolam berbayar adalah kerana ikan di sini seakan-akan ‘lepasan sekolah’. Teknik perlu dipelbagaikan sehinggalah menemui yang terbaik. 

Pada pendapat saya, ikan kolam yang asalnya dibela dari sangkar ternakan sudah hilang sifat memburunya, walaupun azalinya ia daripada spesies ikan pemangsa. 

Ini kerana, makanan yang kebiasaannya dimakan bukanlah dari sumber liar yang memerlukannya berburu, malah diberi pada waktu tertentu dengan tetap.

Oleh itu, jangan ingat memancing di kolam sesuatu yang mudah. Ada masa berhasil dengan banyak kerana kena dengan ‘airnya’ dan adakala tidak berhasil kerana ikan tidak aktif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN