fbpx
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Onn Hafiz, Mohammed Ridha, Hazlina dan Mohammed Shakib.

Usaha perangi rasuah perlu dilaksana tanpa kompromi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan amanat tegas Baginda agar usaha memerangi rasuah dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, Seri Paduka Baginda turut menekankan bahawa integriti dan ketelusan pentadbiran merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.

Baginda menzahirkan perkara itu semasa menerima mengadap Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Besar Johor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir.

“Pertemuan selama hampir dua jam itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa serta kemajuan pesat yang dicapai negeri Johor oleh Onn Hafiz,” katanya di sini hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Datin Paduka Hazlina Jalil, dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI