fbpx
Alzafny merasmikan Majlis Ops Selamat Perayaan Tahun Baru Cina 2016, Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan di Plaza Tol Senawang hari ini. - Foto NUR SHARIEZA ISMAIL

Seremban, Kuala Pilah laluan risiko tinggi kemalangan ketika perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kira-kira 800,000 kenderaan dijangka melalui Negeri Sembilan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dengan Seremban dan Kuala Pilah menjadi antara laluan ‘hot spot’ kemalangan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sebanyak 12 lokasi ‘hot spot’ dikenal pasti dan pihaknya memberi tumpuan kepada pemantauan serta rondaan secara lebih kerap bagi mengurangkan risiko kemalangan.

“Daripada 111 kemalangan yang dilaporkan, dua daripadanya adalah kemalangan maut dengan dua kematian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ops Selamat Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 di Plaza Tol Senawang, di sini hari ini.

Beliau berkata, di Seremban, lokasi berisiko tinggi termasuklah di Jalan Rasah, Plaza Tol Port Dickson, lampu isyarat Seremban Gateway, Plaza Tol Labu dan Bulatan Bukit Chedang.

Manakala daerah Kuala Pilah pula melibatkan Jalan Seremban–Kuala Pilah/Bukit Putus meliputi Ulu Bendul, Terachi hingga ke Pekan Kuala Pilah. Selain itu, empat lokasi dikategorikan ‘black spot’ iaitu Jalan Port Dickson–Lubuk China, Jalan Seremban–Kuala Pilah serta Jalan Seremban–Kuala Klawang–Simpang Pertang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI