BUKIT KAYU HITAM – Seramai 25,206 pelancong dari Malaysia direkodkan bercuti ke Thailand menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam sejak Khamis lalu hingga kelmarin. Mereka membanjiri negara jiran itu sempena cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina untuk mengunjungi lokasi-lokasi menarik termasuk di Hatyai walaupun bandar itu belum pulih sepenuhnya daripada banjir besar tahun lalu. Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pergerakan pelancong ke……














