fbpx
Hantaran yang dimuat naik di media sosial Hospital Pasir Gudang berkenaan sijil cuti sakit yang hilang, baru-baru ini.

‘MC’ Hospital Pasir Gudang hilang, siapa ambil mengaku cepat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ‘Kecoh’ di media sosial apabila Hospital Pasir Gudang, Johor membuat satu hebahan berkenaan sijil cuti sakit (MC) milik hospital berkenaan yang hilang, baru-baru ini.

Menurut Pengarah Hospital Pasir Gudang menerusi satu hantaran, terdapat dua sijil cuti sakit telah didapati hilang.

“Dimaklumkan bahawa Hospital Pasir Gudang kehilangan sijil cuti sakit (Perubatan 9- Pin.15/93) dengan nombor siri BG203133 dan BG203150.

“Sijil cuti sakit kerajaan bernombor siri seperti di atas tidak sah diguna pakai. Sekian, terima kasih,” kata kenyataan itu.

Hantaran berkenaan meraih perhatian orang ramai yang meninggalkan pelbagai respons pada ruangan komen.

“Lagi senang pihak hospital hantar memo dekat HR semua syarikat Pasir Gudang suruh berjaga-jaga. Masa staf hantar sijil cuti sakit, suruh semak nombor siri. Kalau syarikat pun terima, salah mereka,” ujar @Krish Veni.

“Macam manalah sijil cuti sakit boleh hilang. Pelik lah,” komen netizen yang lain.

“Ada tu terselit-selit,” kata @Apple Pai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI