fbpx
KEADAAN dua kereta yang terlibat dalam nahas mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan di Jalan Ipoh-Lumut dekat Puncak Jelapang di Ipoh pada Selasa lalu.

Kelewatan ambulans berpunca daripada maklumat lokasi salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) menjelaskan bahawa dakwaan kelewatan ketibaan ambulans dalam kemalangan maut melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Jalan Ipoh-Lumut Selasa lalu, berpunca daripada maklumat lokasi yang tersalah lapor pada peringkat awal.

JKNP dalam kenyataannya berkata, lokasi awal kejadian yang dilaporkan pada pukul 3.05 petang itu adalah di kawasan perumahan sekitar Puncak Jelapang iaitu sejauh lapan kilometer dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Bagaimanapun, ketika ambulans tiba di lokasi kejadian, tiada kejadian seperti yang dilaporkan berlaku.

“Pengesahan lokasi kemudian dilakukan melalui panggilan kepada pemanggil dan mendapati lokasi sebenar adalah di Lebuhraya Ipoh-Lumut menghala ke Jelapang,” katanya di Ipoh hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebaik tiba di lokasi kejadian pada pukul 3.55 petang, pegawai perubatan telah menjalankan penilaian keadaan mangsa mengikut protokol bantuan kecemasan terhadap seorang wanita berusia 33 tahun dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun

Katanya, mangsa wanita didapati mengalami kecederaan serius manakala kanak-kanak itu pula tidak sedarkan diri dan telah diberikan bantuan resusitasi di lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans dengan kanak-kanak terbabit diberikan tindakan resusitasi aktif sepanjang perjalanan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB,” katanya.

Dalam kejadian pada 10 Februari lalu, seorang kanak-kanak perempuan, Chong Zee Han, 3, maut selepas kereta dipandu ibunya terbabit dalam kemalangan dengan MPV polis di Jalan Ipoh-Lumut dekat Puncak Jelapang.

Berdasarkan siasatan awal, kereta Perodua Kelisa dipandu ibu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan MPV model Honda Civic 1.5L hingga menyebabkan berlaku kemalangan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI