fbpx
KANE berjaya merekodkan jaringan ke-500 dalam karier ketika beraksi pada perlawanan ke-743 menentang Breman. - AFP

Bundesliga: Kane pintas rekod Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Penggempur utama Bayern Munich, Harry Kane terus membuktikan ketajamannya apabila meledak dua gol untuk memastikan kemenangan 3-0 gergasi Bundesliga itu ke atas Werder Bremen, kelmarin.

Jaringan itu juga menyaksikan penyerang England itu mengesahkan gol ke-500 dalam kariernya bersama kelab dan skuad kebangsaan, selain berjaya mengatasi rekod Cristiano Ronaldo.

Kane berjaya mengesahkan jaringan ke-500 hanya dalam 743 perlawanan, lebih pantas berbanding Ronaldo (755 perlawanan) dan hanya Lionel Messi muncul pemain lebih baik apabila melakukannya hanya dalam 632 perlawanan.

“Apa sahaja boleh berlaku,namun perjalanan masih lagi panjang untuk mencapai rekod lebih baik. Saya berada pada prestasi terbaik dan saya gembira untuk menjaringkan gol serta membantu pasukan.

“Pastinya saya bangga untuk mengesahkan jaringan ke-500 dan ia terhasil menerusi kerja keras dan juga pengorbanan. Adalah bagus untuk menang dan tanpa bolos, namun sekarang ia menjurus kepada apa yang akan dihadapi selepas ini,” katanya.

Untuk rekod, jaringan pertama Kane dihasilkan pada usia 17 tahun semasa wakili Leyton Orient menentang Sheffield Wednesday dalam saingan divisyen ketiga England pada Januari 2011.

“Inilah perkara paling penting pada perlawanan kali ini. Daripada perspektif saya, saya tidak kisah tentang rekod kerana apa yang dimahukan adalah bergelar juara,” kata pengendali Bayern, Vincent Kompany. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN