Di Malaysia, bulan Ramadan bukan sekadar bulan berpuasa tetapi satu pengalaman kolektif yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Sama ada di bandar atau desa, Ramadan di Malaysia hadir dengan keunikan tersendiri, daripada azan maghrib yang dinanti-nantikan, tradisi iftar bersama-sama, moreh, imarah masjid hinggalah kemeriahan bazar Ramadan yang menjadi sebahagian daripada identiti budaya negara ini. Tidak hairanlah, Malaysia menjadi antara negara yang menjadi pilihan pelancong luar mahupun ekspatriat untuk merasai pengalaman berpuasa bersama-sama. Tahun lalu misalnya, Ramadan menggamit kehadiran pelancong……














