NAMA Abby Abadi memanas lagi apabila dia muncul dalam media sosial menyuarakan pandangan tentang isu tanggungjawab suami terhadap keluarga.
Dalam hantaran tersebut, Abby bersuara selepas terbaca mengenai seorang artis yang memberitahu lelaki miskin jangan berkahwin dan baginya perkara tersebut ada kelebihan dan keburukan sendiri.
“Bila ambil keputusan nak berkahwin, kena berakal dan tahu tanggungjawab akan bertambah. Bukan sekadar akad tetapi hal-hal yang akan berlaku selepas itu.
“Kena bersedia untuk menjaga dan menafkahi isteri, anak-anak walaupun bercerai. Fahamkan ini dulu sebab kalau tanggungjawab, tak selesai atas dunia.
Katanya, hidup atas dunia memang ‘pakej’ dengan tanggungjawab. Fuh, mendalam betul kata-kata Abby.
Tapi betullah, kalau rasa tak boleh nak beri tanggungjawab, jangan terfikir nak kahwin, kasihan anak orang.
DIVA: Naik menyampah tengok peminat Fattah, Fazura dan Amira Othman tak berhenti bergaduh dalam media sosial. Tak ada kerjakah kalian? Dapat bonus ke bergaduh puja puji artis kesayangan masing-masing, cuba cerdik sikit!














