fbpx
HARRY ketika ditemui pemberita pada sesi latihan pertama di ABM Bukit Kiara semalam.

Misi BAM lahirkan No. 1, juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JURULATIH perseorangan lelaki negara yang baharu, Harry Hartono memiliki misi serta visi tersendiri selepas memulakan tugas secara rasmi di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Beliau yang pernah melatih dua jaguh perseorangan lelaki Indonesia, Anthony Ginting dan Jonatan Christie mengakui gembira dengan semangat juang ditampilkan pemain-pemain negara ketika dalam latihan.

Justeru, beliau menyuarakan hasrat untuk mengembalikan kegemilangan perseorangan lelaki negara dengan melahirkan pemain No. 1 dunia yang baharu, sama seperti dimiliki Malaysia sebelum ini.

Bagaimanapun, Harry menjelaskan, beliau memerlukan sedikit masa untuk membuat penilaian terhadap prestasi pemain-pemain negara sebelum menyusun serta membentuk sebarang program latihan.

“Terima kasih kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Antara sebab saya menyertai BAM adalah bagi mencari cabaran baharu.

“Sebagai jurulatih, sudah tentu saya mahukan pemain-pemain untuk menjadi juara dan No. 1 dunia. Itulah adalah antara cabaran serta harapan untuk saya sebagai jurulatih,” katanya ketika ditemui di ABM semalam.

Sebagai rekod, jurulatih dari Indonesia itu pernah berkelana ke Taiwan pada 2005 hingga 2010 dan menggalas tugas sebagai jurulatih sekolah tinggi sehingga mengesan bakat jaguh perseorangan lelaki negara itu, Chou Tien Chen.

Kemudian, beliau kembali ke Indonesia dan membimbing kelab-kelab di sana sebelum menyertai Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI).

Harry yang menandatangani kontrak sehingga 2028 berkata, biarpun tugas berat menanti bagi mengangkat semula reputasi perseorangan lelaki negara, namun ia tidak menjadi tekanan buatnya.

“Saya rasa tidak ada tekanan kerana ini merupakan satu kerjaya. Sekarang sudah berada di BAM, maka fokus utama saya adalah untuk meningkatkan pemain-pemain yang ada di BAM ketika ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN