PETALING JAYA – Tarikh 8 Februari sepatutnya menjadi hari bahagia buat seorang gadis apabila bakal disatukan dengan pasangannya, namun takdir menentukan sebaliknya apabila ibunya meninggal dunia enam jam sebelum majlis berlangsung di Ampang kelmarin. Disebabkan pemergian pada pukul 3 pagi itu, gadis yang mahu dikenali sebagai Wanie, 26, berkata, dia tetap meneruskan upacara akad nikah di hadapan jenazah ibunya kerana itu merupakan permintaan arwah yang menghidap kanser pankreas tahap empat. Majlis akad nikah pasangan pengantin baharu itu menjadi tular dan…














