ALOR SETAR – Sepasang suami isteri membuat keputusan untuk mengekalkan jualan burger pada harga RM2 sebungkus sejak tujuh tahun lalu sehingga mampu menjual kira-kira 300 bungkus sehari. Norhisham Ashar, 43, berkata, sekali pun dijual pada harga murah, dia dan isteri, Siti Rohayu Md. Saad, 41, tetap mengutamakan kualiti termasuk menggunakan bahan mentah setanding burger lain. Norhisham berkata, jualan yang konsisten dan permintaan tinggi membolehkan mereka meraih keuntungan meskipun harga ditetapkan rendah. “Dengan harga RM2, saya mampu menjual sehingga 300 bungkus……














