PETALING JAYA – Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, Ayam Brand menjemput rakyat Malaysia meraikan musim pertemuan dan kebersamaan melalui Makan Ceria Kongsi Bersama, satu inisiatif yang menampilkan rangkaian Ayam Carik Ayam Brand sebagai bahan serba guna untuk mencipta semula hidangan perayaan tradisional dengan sentuhan moden.
Tumpuan utama kempen Makan Ceria Kongsi Bersama ialah rangkaian Ayam Carik Ayam Brand dengan dua pilihan perisa utama: Lada Hitam dan Sos Gochujang Korea Pedas yang menyerlah sebagai hidangan istimewa untuk meja perayaan.
Ayam Carik Lada Hitam diperkaya dengan aroma lada hitam yang wangi, menghasilkan rasa yang enak dan memuaskan, sesuai untuk penggemar perisa yang kuat.
Sementara itu, Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas menawarkan sentuhan pedas dan rasa umami yang kaya dilapisi dengan sos gochujang untuk rasa ala Korea moden yang menambahkan kelainan pada hidangan Tahun Baru Cina.
Variasi ini dilengkapi oleh Ayam Carik Mayones, dengan tekstur berkrim dan rasa ringan yang serasi dengan hidangan tradisional mahupun kontemporari, serta Ayam Carik Cili Pedas yang diperasakan dengan cili dan rempah ratus bagi mereka yang menggemari kepedasan ekstra, menawarkan lebih banyak pilihan kepada keluarga untuk berinovasi di dapur.
1. ‘Pull, Toss & Prosper’: Yee Sang Ayam Carik

Segar, berwarna-warni dan dicipta khas untuk dikongsi bersama, Yee Sang Ayam Carik memberi nafas baharu kepada hidangan perayaan klasik.
Gabungan sayur-sayuran segar yang diracik halus, Ayam Carik Ayam Brand, ketulan nanas yang berjus serta cendawan lembut disatukan dengan sos plum masam manis yang diserikan dengan sentuhan sitrus dan bijan.
Dilengkapi dengan tekstur rangup yang memikat, hidangan ini mengekalkan simbol kemakmuran dan memperkenalkan rasa moden yang sesuai untuk meja pertemuan masa kini.
2. ‘Prosperity Crunch’: Bakwan Jagung Ayam Carik

Rangup keemasan dan menyelerakan, ‘Prosperity Crunch’: Bakwan Jagung Ayam Carik memperbaharui snek jalanan popular Indonesia menjadi sajian perayaan yang pasti digemari ramai.
Jagung manis dan Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas Ayam Brand digaul dalam adunan yang sedikit pedas, kemudian digoreng sehingga rangup di luar dan lembut di dalam.
Dihidangkan bersama sos pencicah manis pedas, bakwan bersaiz kecil ini sesuai untuk dikongsi, sekali gus menambahkan elemen ceria dan menyerlah dalam hidangan Tahun Baru Cina!
Dengan menggalakkan eksperimen dan penyediaan bersama, Ayam Carik Ayam Brand bukan sekadar bahan masakan, tetapi menjadi perantaraan untuk keluarga memasak bersama, berkongsi idea dan membina tradisi baharu setiap kali musim perayaan.
Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, Tahun Baru Cina bukan sekadar tentang makanan, malah tentang kisah, gelak tawa dan hubungan yang terjalin di meja makan.
“Melalui Makan Ceria Kongsi Bersama, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan secara kreatif, menggunakan rangkaian produk Ayam Brand bagi mencipta semula hidangan yang dekat di hati, sambil mengeratkan lagi silaturahim antara generasi,” katanya.
Selain hidangan, pemberian hadiah juga merupakan bahagian penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. Pada musim perayaan ini, Ayam Brand menggalakkan pemberian yang bermakna menerusi pilihan produk yang dipercayai seperti nanas, cendawan dan Ayam Carik dalam tin sesuai untuk dimasak atau dikongsi bersama.
Pengguna yang berbelanja RM25 dan ke atas produk Ayam Brand berpeluang untuk menebus plushies edisi terhad, boleh didapati di kedai terpilih di seluruh negeri sementara stok masih ada!
Untuk mencipta kelainan di dapur, dapatkan inspirasi idea perayaan di Instagram @ayambrandmy serta di Facebook Ayam Brand Malaysia.
Semangat Makan Ceria Kongsi Bersama akan diteruskan selepas Tahun Baru Cina, melalui Ayam Brand yang membawa semangat perkongsian yang sama sehingga bulan Ramadan dan Aidilfitri menerusi lebih banyak idea dan inspirasi. – KOSMO! ONLINE














