fbpx
Kenderaan milik MBPP dilaporkan terbakar akibat letupan gas helium di Lebuh Union, malam tadi.

Letupan gas helium: Penguat kuasa melecur di badan, tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dilaporkan mengalami kecederaan melecur pada badan dan tangan akibat terkena letupan gas helium yang diletakkan di ruangan belakang kenderaan pacuan empat roda (4X4) milik agensi itu, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 8.11 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan 4X4 jenis Toyota Hilux milik MBPP yang berpunca daripada letupan gas helium, hasil rampasan yang terletak di ruangan belakang kenderaan tersebut. Peratus kemusnahan akibat kebakaran tu dianggarkan kira-kira lima peratus.

“Terdapat seorang mangsa iaitu penguat kuasa agensi berkenaan mengalami kecederaan melecur pada badan dan tangan akibat terkena bahan letupan tersebut.

“Mangsa berusia 29 tahun itu telah dikejarkan ke hospital oleh orang awam yang berada dilokasi,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat seorang lagi mangsa iaitu orang awam, namun pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kesan lecuran pada mangsa.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang anggota penguat kuasa MBPP dilaporkan melecur dalam kejadian letupan belon helium yang disita dari seorang penjaja warga asing.

Insiden tersebut berlaku semasa individu terbabit dikatakan sedang menurunkan barang rampasan itu dari sebuah kenderaan milik agensi berkenaan di Ibu Pejabat Bahagian Perlesenan MBPP di Lebuh Union. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN