fbpx
DIANA sering berkongsi kata-kata positif dengan netizen.

Kamal pesan usah ditambah bara yang tersimpan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERNAH melalui fasa sukar, pelakon Kamal Adli yang mengikuti perkembangan dunia hiburan berharap agar sebarang kontroversi tidak dikeruhkan mana-mana pihak.

Tidak merujuk mana-mana isu, perkongsian bapa tunggal seorang anak itu boleh dilihat sebagai satu peringatan buat semua.

Mungkin bersandarkan pengalaman, Kamal meminta netizen tidak cepat menjatuhkan hukum terhadap mana-mana pihak kerana tindakan itu hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Baginya lebih baik ikuti sahaja perkembangan sesuatu isu dari jauh tanpa perlu meninggalkan komen tidak sepatutnya.

Diva pun bersetuju dengan pandangan Kamal, kalau kita tak tahu hujung pangkal cerita tapi masih nak menyibuk dengan mencampuri urusan pihak yang bertelagah, itu ibarat kita sengaja simbah minyak ke api. Bahaya bukan? Jadi, usahlah ditambah bara yang tersimpan. Macam lagu pula.

DIVA: Cik B ‘sound’ jangan sembarangan tuduh orang badan berisi bau kepam!.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN