fbpx
PELAKON Kartik Aaryan dikatakan bercinta dengan Karina yang baru berusia 17 tahun.

Hero Bollywood terkait cinta remaja bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KECOH apabila pelakon kacak Bollywood, Kartik Aaryan dikatakan bercinta dengan gadis bawah umur berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Karina Kabiliute.

Perkara tersebut mula diperkatakan netizen selepas Kartik dilihat berkongsi momen percutian di Goa dalam InstaStorynya. Karina yang merupakan remaja kelahiran United Kingdom itu juga berkongsi momen keberadaannya di lokasi sama.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Kartik dilihat mengikuti akaun Instagram Karina.

Menyedari namanya menjadi bualan hangat netizen, Karina memuat naik status membuat kenyataan dia tidak mengenali aktor itu.

“Saya tidak mengenali siapa Kartik. Saya bukan teman wanitanya. Saya bercuti bersama keluarga,” tulisnya.

Selepas kisah mereka menjadi tular, Kartik dilihat telah menyahikut akaun Instagram Karina. Dia turut dikecam kerana bercinta dengan gadis yang 18 tahun lebih muda

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN