fbpx
Infografik ihsan UEFA

UCL: Jodoh Mourinho, Real Madrid ‘kuat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NYON, Switzerland- Seperti dijangka, Real Madrid bakal berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu Benfica yang dikendalikan oleh bekas jurulatih, Jose Mourinho pada aksi playoff Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Lebih menarik, ini adalah pertembungan kedua dalam saingan musim ini buat kedua-dua pasukan selepas Benfica melakar kemenangan dramatik 4-2 ke atas The Galacticos dalam aksi pusingan liga, awal minggu ini.

Sementara itu, juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) akan menentaang seteru Ligue 1, AS Monaco manakala Galatasaray bakal bertemu jaguh Serie A, Juventus.

Pusingan pertama playoff akan berlangsung pada 17 dan 18 Februari manakala aksi ulangan bakal berlangsung pada 24 dan 25 Februari.

Lapan pemenang peringkat playoff akan layak ke pusingan 16 terbaik bertemu kelab-kelab pilihan utama seperti Arsenal, Bayern Munich, Liverpool, Tottenham Hotspur, Barcelona, Chelsea, Sporting Lisbon dan Manchester City. – AGENSI

UNDIAN PENUH PLAY-OFF UCL

AS Monaco lawan PSG
Benfica lawan Real Madrid
Qarabag lawan Newcastle
Galatasaray lawan Juventus
B. Dortmund lawan Atalanta
Brugge lawan Atletico Madrid
Bodø/Glimt lawan Inter Milan
Olympiacos lawan Bayer Leverkusen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN