fbpx
Che Hisam menunjukkan lokasi mangsa diragut semasa sedang membakar sampah Kampung Paloh Rambai, Ketereh dekat Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

Rantai, gelang emas warga emas diragut ketika bakar sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang wanita warga emas mengalami kerugian puluhan ribu ringgit selepas seutas rantai dan gelang emas miliknya diragut dua lelaki ketika sedang membakar sampah di Kampung Paloh Rambai, Ketereh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa berusia 72 tahun cedera pada beberapa bahagian anggota badan apabila bergelut sebelum diseret motosikal dinaiki kedua-dua suspek.

Seorang penduduk kampung, Che Hisam Che Soh, 67, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membakar sampah berhampiran Tanah Perkuburan Islam Nering, Ketereh di sini.

Katanya, penduduk memaklumkan mangsa didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal sebelum salah seorang suspek bertindak memeluk warga emas itu.

“Seorang lagi suspek bertindak meragut gelang tangan dan rantai leher mangsa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Paloh Rambai, Ketereh di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, mangsa diseret sejauh kira-kira 10 meter di atas jalan sebelum kedua-dua suspek melarikan diri.

Tambahnya, usaha memburu kedua-dua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI