fbpx
Huan mengangkat bungkusan guni berwarna putih yang ditemukan di tengah jalan. - Huan

Lelaki jumpa wang RM150,000 tengah lebuh raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Seorang lelaki memulangkan beg mengandungi wang tunai berjumlah 1 bilion dong (RM150,000) yang ditemuinya di sebuah lebuh raya di utara Vietnam, lapor laman berita VNExpress semalam.

Nguyen Van Huan, 46, menemukan beg itu pada 23 Januari lepas semasa memandu di lebuh raya di wilayah Ninh Binh. 

Huan berkata, dia dalam perjalanan ke Hanoi bersama dua rakannya sekitar tengah hari apabila dia ternampak karung berwarna putih di tengah jalan berhampiran tol Liem Tuyen. 

Selepas berhenti untuk mengambilnya, Huan menemukan 20 ikatan wang kertas bernominasi 50,000 dong (RM8) yang dibungkus rapi di dalamnya.

Dia segera menghubungi polis trafik lebuh raya dan meminta untuk melihat rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kenderaan yang telah menjatuhkan wang itu.

Rakaman CCTV menunjukkan guni putih itu jatuh dari sebuah trak pikap di pintu masuk lebuh raya pada 23 Januari.

Mereka akhirnya berjaya mengesan pemilik wang itu yang dikatakan baru sahaja mengeluarkan wang tersebut daripada bank.

“Ia adalah wang hasil titik peluh orang lain, jadi saya perlu memulangkannya,” kata Huan.

Sebagai penghargaan, pemilik wang itu memberikan 5 juta dong (RM760) kepada Huan atas kejujurannya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN