fbpx
REDMi Note 15 Pro 5G memiliki pengiktirafan Premium Performance Certification yang membuatkan tahan hentakan, tekanan serta lenturan.

Fotografi diperhebat AI, skrin kekal responsif saat basah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERKEMBANGAN telefon pintar yang menawarkan pelbagai spesifikasi untuk disesuaikan dengan gaya hidup masa kini bukan sahaja memudahkan urusan harian tetapi membantu menyerlahkan sisi kreativiti.

Salah satunya ialah fungsi kamera yang bukan sahaja bertujuan mengabadikan momen istimewa tetapi pada masa sama mampu mengisi masa lapang pengguna dengan aktiviti fotografi.

Perkara itu dapat direalisasikan dengan REDMI Note 15 Pro 5G dari jenama telefon pintar Xiaomi yang hadir dengan kamera utama 200MP.

Menggunakan sensor HPE bersaiz 1/1.4 inci, ia menyokong zoom optik tahap sensor dua kali (2×) dan empat kali (4×) serta teknologi DAG HDR.

DAG HDR iaitu Dual Analog Gain High Dynamic Range adalah teknologi sensor imej terkini yang membolehkan kamera merakam foto atau video dengan julat dinamik tinggi hanya melalui satu dedahan (single exposure).

Tentu sahaja kombinasi fotografi yang ditawarkan REDMI Note 15 Pro 5G membolehkan rakaman imej yang tajam, seimbang dan kaya dengan perincian dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Kemampuan kamera turut menyokong lima jarak fokus antara 23mm hingga 92mm melalui satu lensa sekali gus memberikan fleksibiliti untuk landskap, potret dan fotografi jarak dekat.

Tidak hanya fokus kepada segmen rakaman fotografi, REDMI Note 15 Pro 5G menggunakan ciri perisian berasaskan kecerdasan buatan (AI) pada sistem kamera, termasuk algoritma potret ultra-jelas bersama Dynamic Shots 2.0 serta AI Creativity Assistant untuk suntingan dan perkongsian kandungan dengan lebih pantas.

Sementara itu, fungsi seperti AI Remove Reflection dan AI Beautify turut membantu menghasilkan imej yang lebih bersih dan kemas dengan hanya satu sentuhan.

Tidak hanya menawarkan kemampuan kamera, REDMI Note 15 Pro 5G juga menekankan ketahanan menyeluruh tidak kira dari aspek rekaan, ketahanan mahupun prestasi pada harga yang berpatutan.

Menjadi salah satu jenama segmen telefon pintar kelas pertengahan, REDMI Note 15 Pro 5G yang dilancarkan baru-baru ini dibangunkan berteraskan konsep REDMI Titan

Durability iaitu satu pendekatan menggabungkan struktur dalaman diperkukuh, perlindungan kaca premium dan pensijilan ketahanan bertaraf antarabangsa.

Peranti ini memiliki pengiktirafan SGS Premium Performance Certification yang membuatkan ia memiliki keupayaan menahan hentakan, tekanan serta lenturan.

Teknologi Wet Touch 2.0 pula memastikan skrin kekal responsif walaupun dalam keadaan basah.

Peranti tersebut turut menggunakan Corning Gorilla Glass Victus 2 yang disahkan mampu menahan jatuhan sehingga 2.5 meter dalam ujian makmal dan menjadikannya sesuai untuk penggunaan aktif dan lasak.

Ketahanan REDMI Note 15 Pro 5G turut diperkukuh melalui perlindungan habuk dan air yang menyeluruh sekali gus memenuhi piawaian IP66, IP68, IP69 dan IP69K serta disahkan mampu bertahan dalam rendaman air sehingga dua meter selama 24 jam.

Teknologi Wet Touch 2.0 pula memastikan skrin kekal responsif walaupun dalam keadaan basah sekali gus dapat meningkatkan kebolehgunaan dalam situasi berair.

Dari sudut tenaga, REDMI Note 15 Pro 5G dilengkapi bateri 6,580mAh Silicon–Carbon (SiC) yang menawarkan kepadatan tenaga lebih tinggi dalam saiz yang lebih nipis.

Digandingkan dengan sistem pengurusan bateri Xiaomi Surge, peranti berkenaan mengekalkan sekurang-kurangnya 80 peratus kapasiti selepas 1,600 kitaran pengecasan, bersamaan kira-kira enam tahun penggunaan biasa.

Sokongan pengecasan pantas serta pengecasan songsang berwayar sehingga 22.5W turut menambah nilai praktikal untuk pengguna.

Beralih kepada prestasi, REDMI Note 15 Pro 5G dikuasakan cipset generasi baharu yang menawarkan keseimbangan antara kelajuan, kecekapan tenaga dan kestabilan grafik.

Berbeza peranti lain, REDMI Note 15 Pro 5G dengan integrasi Xiaomi Offline Communication membolehkan komunikasi suara ‘jarak kilometer’ tanpa rangkaian dalam keadaan tertentu.

Dengan harga bermula RM1,399 semasa promosi, REDMI Note 15 Pro 5G dilihat sebagai pilihan kompetitif bagi pengguna yang mahukan peranti tahan lasak dengan keupayaan setaraf model premium, tanpa perlu membayar harga flagship.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN