fbpx
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (tiga dari kanan) menerima replika tajaan secara simbolik daripada TNB pada majlis penyampaian hadiah bersempena Golf Amal Selangor 2026 di Tasik Puteri Golf & Country Club, Rawang baru-baru ini.

Hasil kutipan dana Golf Amal Selangor perkasakan pembangunan belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dan Persatuan Kesejahteraan Amal Kuala Lumpur (AMAL) selaku penganjur bersama telah menganjurkan Golf Amal Selangor 2026 bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong pelaksanaan inisiatif pembangunan belia di bawah yayasan tersebut.

Hasil kutipan dana akan disalurkan sepenuhnya kepada YRMS bagi penyediaan bantuan, latihan dan peluang pembangunan kepada belia yang bermastautin di sekitar negeri Selangor.

Menurut kenyataan, program yang bertempat di Tasik Puteri Golf & Country Club, Rawang, Selangor itu telah mendapat sokongan padu daripada rakan penaja korporat seperti Mazda, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bermaz Auto Berhad, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., Gutty, Adidas, ProTec, Deemples, F&N, Naisc Global, GOP, KK Group dan Bubbles O2 Sdn Bhd.

“Sokongan strategik ini mencerminkan keyakinan sektor korporat terhadap peranan signifikan YRMS dalam melahirkan generasi belia berkemahiran dan berdaya saing,” jelasnya.

YRMS adalah sebuah yayasan yang berteraskan kebajikan dan pembangunan belia yang  menyediakan ruang dan peluang kepada golongan belia.

Ia dikhususkan kepada mereka yang kurang cenderung dalam bidang akademik, untuk memperoleh kemahiran menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi membentuk modal insan berkemahiran tinggi yang mampu berdikari serta berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

Fokus utama YRMS adalah untuk membantu belia daripada latar belakang golongan berpendapatan rendah dan terpinggir dengan membekalkan kemahiran yang relevan serta bersesuaian dengan keperluan industri semasa.

Usaha ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan, institusi TVET dan pemain industri, bagi memastikan latihan yang ditawarkan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI