fbpx
SZE FEI (kanan) dan Izzuddin menamatkan penantian selepas muncul juara Indonesia Masters hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

Indonesia Masters: Giliran DinFei sambar gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melengkapkan hari cemerlang Malaysia apabila muncul juara Kejohanan Badminton Indonesia Masters.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi, pilihan keempat kejohanan itu menewaskan beregu tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-19, 21-13.

Biarpun berdepan ribuan penyokong Indonesia, namun gandingan yang diberi julukan DinFei itu berjaya menyerap tekanan dan menampilkan aksi terbaik sebelum menang dalam tempoh 37 minit.

Kemenangan itu merupakan gelaran ketiga buat Malaysia pada kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan selepas beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah turut bergelar juara.

Sze Fei-Izzuddin juga berjaya memastikan gelaran acara beregu lelaki kekal menjadi milik Malaysia memandangkan pada saingan musim lalu ianya dimenangi gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Selaku juara, bekas beregu No.1 dunia itu membawa pulang hadiah wang tunai AS$39,500 (RM158,217) berserta pingat manakala Raymond-Nikolaus berpuas hati dengan AS$19,000 (RM76,104) dan pingat.

Sebagai rekod, ini merupakan gelaran pertama Sze Fei-Izzuddin dalam tempoh lebih setahun selepas kali terakhir melakukannya ketika menjadi juara kejohanan Terbuka India pada Januari tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN