fbpx
KANGANA lantang menyelar A.R Rahman yang didakwa prejudis dan pembenci kerana mempertikaikan filem arahannya, Emergency.

Kangana Ranaut kutuk sikap prejudis A.R Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON kontroversi Bollywood, Kangana Ranaut sekali lagi menarik perhatian apabila menyifatkan penyanyi dan komposer tersohor, A.R. Rahman sebagai individu yang bersikap prejudis dan pembenci.

Menurut Kangana, dia berhasrat untuk bekerjasama dengan penyanyi itu untuk filem lakonannya berjudul Emergency.

Malangnya, A.R Rahman enggan bertemu dengannya, malah melabelkan filem Emergency sebuah karya propaganda.

“Kepada A.R. Rahman saya menghadapi begitu banyak prejudis dan berat sebelah dalam industri perfileman kerana saya menyokong parti Saffron. Anda lelaki prejudis dan penuh kebencian.

“Emergency digelar karya agung oleh semua pengkritik filem, malah pemimpin parti pembangkang menghargai filem ini kerana pendekatannya yang seimbang tetapi anda dibutakan rasa benci. Saya bersimpati dengan anda,” tulis Kangana dalam Instagram.

Emergency merupakan karya arahan Kangana diinspirasikan daripada kisah benar bekas Perdana Menteri India, Indira Gandhi di mana dia memegang watak sebagai tokoh politik itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI