fbpx
PAN-GON sudah ada taktikal terbaik buat Selangor menjelang aksi menentang KTRW malam ini. - FB SELANGOR FC

Piala Malaysia: Pan-gon sedia bantu Selangor FC lunas ‘Misi 34’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon optimis pasukannya mampu untuk mengesahkan slot suku akhir Piala Malaysia menjelang aksi kedua pusingan 16 menentang Kelantan The Real Warriors (KTRW) di Stadium MB Petaling Jaya, malam ini.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah meraih bekalan tipis apabila menang 2-1 dalam aksi pertama di Kota Bharu, Isnin lepas hasil jaringan berganda kapten, Faisal Halim.

Pan-gon berkata, barisan pemain tidak boleh beraksi sambil lewa walaupun berdepan jadual padat apabila turut bersaing dalam Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) yang bersambung semula pada minggu depan.

“Saya rasa perancangan kami pada aksi kedua nanti sangat mudah iaitu kekalkan momentum (kemenangan). Saya rasa cukup penting buat pasukan untuk mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia.

“Saya masih belum buat keputusan mengenai kesebelasan utama kerana kita juga bakal mengharungi perlawanan penting dalam kempen ACC nanti.

“Jika kita berjaya menang ke atas KTRW yang saya anggap cukup sukar, mungkin ia boleh menaikkan semangat pasukan untuk mengharungi ACC dalam memburu keputusan yang positif,” katanya.

Pengendali dari Korea Selantan itu dijangka memberi peluang buat import baharu dari Perancis,  Hugo Boumous untuk membuat penampilan debut selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman daripada kelab India, Odisha FC.

Skuad Merah Kuning kini memburu trofi Piala Malaya ke-34 sekali gus menamatkan kemarau 11 tahun tanpa trofi selepas kali terakhir bergelar juara kejohanan berprestij itu pada edisi 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI