DUNGUN – Seorang kerani yang sedang beriadah terkejut dengan penemuan bangkai seekor penyu Agar di Pantai Paka, pada pukul 7.30 pagi tadi.
“Saya perasan kehadiran seekor penyu yang agak besar sewaktu sedang berjogging di pantai peranginan ini. Syak sesuatu tidak kena kerana penyu yang berada kira-kira tiga meter dari gigi pantai tersebut kerana ia langsung tidak bergerak,” kata Mohd. Zukri Kadir, 45, kepada Kosmo! di sini hari ini.
Beliau berkata, sebaik didekati, terbukti penyu itu telah mati dengan beberapa kesan kecederaan. Dia percaya reptilia berkenaan telah mati sejak beberapa hari lalu ekoran keadaanya yang sudah mengembang dan hampir mereput.
“Saya difahamkan ini bangkai penyu kedua yang ditemui pantai peranginan sama dalam tempoh dua hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE














