fbpx
NIGERIA meraih kemenangan menerusi penentuan penalti ketika membenam Mesir untuk meraih tempat ketiga saingan AFCON kali ini.- AFP

AFCON: Nigeria raih tempat ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CASABLANCA – Jurulatih Nigeria, Eric Chelle menarik nafas lega apabila tidak perlu untuk meletakkan jawatan selepas pasukan meraih tempat ketiga saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas menewaskan Mesir di Stadium Mohammed V, awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Nigeria dan Mesir terikat 0-0 selepas berakhir 120 minit perlawanan sebelum skuad Super Eagles tampil cemerlang untuk menang penentuan penalti dengan keputusan 4-2.

Chelle mengakui sudah memasang niat untuk meletakkan jawatan dan bersara daripada tugas selaku jurulatih sekiranya pasukan balik dengan ‘tangan kosong’ pada kempen AFCON kali ini.

“Pada edisi kali ini, Nigeria adalah pasukan terbaik dari aspek taktikal dan falsafah, tetapi saya masih kecewa apabila kita gagal (melangkah ke final dan bergelar juara).

“Jika kami tidak menang tempat ketiga, mungkin sukar untuk saya teruskan karier sebagai jurulatih. Namun, saya gembira pemain telah berikan saya sinar baharu dengan kemenangan penting ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Mesir, Hossam Hassan tampil mempertahankan prestasi pasukan walaupun gagal mencapai sasaran yang diharapkan.

“Kami bermain 21 perlawanan antarabangsa dan hanya kalah sekali. Ini adalah rekod yang luar biasa bagi benua Afrika,” katanya.

Pada penentuan penalti semalam, dua pemain sensasi Mesir, Mohamed Salah dan Omar Marmoush jadi duri dalam daging pasukan selepas gagal menyudahkan sepakan penalti masing-masing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN