fbpx
Jasmin Hajar (kanan) ketika bergambar bersama Nadia Kesuma.

Dia agak pelik, cakap tak berhenti – Rakan Nadia Kesuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – “Dia (Nadia Kesuma) nampak agak pelik sebab cakap tak berhenti berbanding sebelum ini. Saya ada beritahu suami tentang perubahan ini. Saya pesan dengan dia supaya jaga diri sebaik tiba di negara orang.”

Itu kata rakan perniagaan kepada Nadia yang hilang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah sejak Rabu lalu.

Wanita yang dikenali Jasmin Hajar, 50, berkata, sahabat baik­nya itu begitu teruja untuk mengikuti pakej umrah sambil ziarah kali ini selain mengibaratkan percutiannya itu sebagai anugerah Tuhan.

Katanya, Nadia ada meluahkan perasaannya itu semasa mereka bertemu sehari sebelum berangkat ke Jeddah, Rabu lalu.

“Dia seronok dapat menunaikan umrah. Katanya kalau boleh setiap tahun dia nak pergi dan tahun lalu dia sudah pergi menunaikan umrah,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Menurut Jasmin, dia menge­tahui mengenai berita kehila­ngan Nadia pada Khamis lalu dan kemudiannya berkali-kali cuba menghubungi wanita itu, namun gagal.

“Saya mesej dan hubungi­nya, tetapi langsung tak berjawab. Saya doakan tiada apa-apa berlaku terhadapnya dan kembali ke pangkuan ke keluarga dalam keadaan selamat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN