fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki tenang berdepan harimau belang.

[VIDEO] Lelaki tenang walau ‘disergah’ harimau belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekumpulan individu berdepan detik mencemaskan selepas mereka ‘disergah’ seekor harimau belang ketika berada di sebuah kawasan lapang berhampiran hutan mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di Tiktok oleh @ilmi.narawi, dia dilihat berdepan seekor harimau belang yang berjalan menuju ke arah mereka sebelum mengekori pergerakan kumpulan itu yang cuba menyelamatkan diri.

Lelaki tersebut kelihatan tenang dan memberikan arahan kepada ahli kumpulan yang lain untuk masuk kembali ke kereta mereka walaupun haiwan liar tersebut sedang mengekori mereka.
Turut kelihatan lelaki berkenaan hanya menepuk-nepuk ranting pokok kering bagi menghalau harimau berkenaan sebelum bergerak memasuki kereta.

Daripada video yang tular tersebut, lelaki itu turut memberikan amaran kepada seorang wanita yang dipanggil ‘Puan’.

Selain itu, dia turut memberi arahan kepada rakannya bernama Hairol yang terpisah daripada kumpulan itu bahawa terdapat seekor harimau belang menghampiri.

“Situasi sebenar terserempak harimau belang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya turut risau dan menasihati untuk berwaspada lebih-lebih lagi apabila berdepan haiwan liar.

“Bagus betul tindakan abang itu jalan mengundur,” ujar Ipin Barbershop.

“Risau ya berhadapan dengan harimau. Tetapi memang santai saja abang ni, kalau aku tidak tahu la apa jadi,” komen @mozekbesi

“Mungkin tidak ada makanan sebab hutan pun sudah digondol semua. Jadi dia keluar la cari makanan,” kats Badariah.

“Kesiannya tengok dia. Jumlah harimau pun sudah kurang 150 ekor, semoga aset negara ni sentiasa dipelihara,” komen Syafiq.

Dalam pada itu, netizen turut bertanyakan keadaan Hairol, sebelum Ilmi Narawi berkongsi gambar kedudukan rakannya itu berada terpisah daripada kumpulan.

Kumpulan itu kemudiannya kelihatan berjaya menaiki pikap melalui perkongsian video ke dua di hantaran berbeza. – KOSMO! ONLINE

@ilmi.narawisituasi sebenar terserempak harimau belang

♬ original sound – Ilmi Narawi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN