fbpx
GAMBARAN hotel di Bulan. - Foto Linkedin/GRU Space

Main golf sambil bercuti di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON –  Melihat planet Bumi, berjalan di atas batuan dan bermain golf pada graviti rendah merupakan gambaran percutian luar biasa seawal 2032 selepas rancangan pembinaan hotel pertama di Bulan didedahkan, lapor portal berita Metro.co.uk kelmarin.

Syarikat Galactic Resources Utilization (GRU) Space yang disokong sejumlah pelabur akan membina hotel tersebut dengan bakal pelancong angkasa lepas dikenakan bayaran sekitar AS$873,000 (RM3.5 juta) seorang untuk menempah tempat.

Namun, syarikat itu menyatakan, harga akhir berkemungkinan akan melebihi AS$10 juta (RM40 juta) seorang.

Garis masa bagi pelancongan angkasa lepas itu diumumkan oleh syarikat berkenaan beberapa minggu sebelum Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dijadualkan melancarkan misi kru pertamanya ke Bulan dalam tempoh lebih 50 tahun.

GRU merancang untuk membina sebuah hotel angkasa lepas berbentuk kembung di Bumi sebelum mendaratkannya di permukaan Bulan pada 2032.

Pada peringkat awal, ia akan menempatkan empat tetamu yang akan menginap selama lima malam di bilik menghadap pemandangan bintang-bintang.

Hotel tersebut akan dilengkapi dengan sistem udara kitar semula dan penjanaan oksigen, kitar semula air, kawalan suhu, sistem kecemasan serta tempat perlindungan radiasi untuk menghadapi ribut suria.

Pengasas GRU Space, Skyler Chan, 22, berkata: “Ia bukan hotel tradisional. Itulah sebabnya orang ramai begitu teruja.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI