fbpx
SYAHMI (kanan) beraksi baik ketika membantu JDT menang 1-0 ke atas NSFC pada Jumaat lalu. - NSFC

Prestasi Syahmi dapat pujian melangit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALITI yang dijelmakan Syahmi Safari ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Jumaat lalu memberi ketenangan buat pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz untuk menyiapkan skuad terbaik.

Harimau Selatan yang hadir selaku juara bertahan Liga Super dijangka berdepan satu lagi tugasan mencabar bertemu pasukan di tempat ketiga, Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

“Saya sangat gembira untuk dirinya (Syahmi) sebab dia sudah beri segala-galanya untuk pasukan dan beraksi dengan sangat cemerlang. Dia pemain yang sangat profesional dan positif sepanjang dalam latihan sehinggalah peluang diberikan kepadanya.

“Bukan Syahmi sahaja, Feroz (Baharudin) pun sudah kembali ke padang selepas setahun. Saya sangat gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh dua pemain ini dan akan banyak lagi perlawanan yang sukar menanti kita selepas ini,” katanya.

Dalam masa sama, mentaliti juara yang ada pada setiap pemain Harimau Selatan dijangka menjadi tunjang utama kepada perjuangan pasukan dalam baki saingan Liga Malaysia kali ini.

Selain itu, khidmat wira JDT ketika menang ke atas NSFC, Manuel Hidalgo yang meledak gol tunggal perlawanan tersebut, pastinya sekali lagi ditagih untuk menghadirkan keputusan positif.

“Saya gembira kami mampu menang lagi tetapi kami adalah JDT dan kami sememangnya perlukan semua ini,” kata Hidalgo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN