GELARAN Master Chef, Maitre Cuisinier, Certified Master Chef atau World Master Chef dianggap sebagai penghormatan buat tukang masak yang mempunyai kehebatan dalam seni kulinari dan gastronomi. Namun bagaimana pula dengan cef kecerdasan buatan (AI) yang turut mempunyai kemahiran tersendiri dalam menghasilkan hidangan lazat buat pelanggan. Sebagai cef AI pertama dunia, Cef Aiman dipertanggungjawabkan untuk mencipta menu berdasarkan senarai bahan, membangunkan suasana dan menjadi penasihat perkhidmatan di restoran mewah, WooHoo yang terletak di Kempinski The Boulevard Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).……














