fbpx
Kuala Lumpur berjaya mengalahkan London dan Hanoi dengan berada di kedudukan kelapan destinasi pilihan dunia 2026.

Kuala Lumpur destinasi pilihan kedudukan ke-8 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur berada di tangga kelapan bandar raya paling popular dikunjungi pelancong dunia pada suku pertama tahun ini susulan peningkatan tempahan perjalanan antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Pengurus Besar Trip.com Malaysia, Stephane Thong berkata, berdasarkan data tempahan dari 1 Januari hingga 31 Mac 2026, Malaysia tersenarai dalam lima destinasi luar negara utama bagi pelancong dari Asia Tenggara dan China, selain berada dalam kelompok 10 teratas pelancong dari Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan.

Menurut beliau, Kuala Lumpur kini sebaris dengan bandar raya utama dunia seperti Tokyo, Seoul dan Bangkok sebagai destinasi pilihan global.

“Momentum ini didorong kepelbagaian tarikan pelancongan merangkumi bandar, alam semula jadi serta destinasi mesra keluarga berasaskan warisan dan budaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pemulihan sektor pelancongan negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan pertumbuhan ketibaan pelancong dari pasaran utama dunia.

“Pasaran Timur Tengah, China dan ASEAN menunjukkan peningkatan ketara. VM2026 menyasarkan 47 juta ketibaan pelancong dengan penerimaan berbilion ringgit,” katanya.

Sementara itu, data Trip.com menunjukkan Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Kuching dan Johor Bahru menjadi destinasi domestik paling popular, manakala China, Singapura dan Jepun kekal sebagai pilihan utama rakyat Malaysia ke luar negara.

Golongan milenial menyumbang 51 peratus tempahan, diikuti generasi X dan Z, manakala taman tema seperti Genting SkyWorlds, Sunway Lagoon dan Skytropolis kekal menjadi tarikan utama keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN