fbpx
Gambar hiasan

Perak, Selangor, Putrajaya diramal hujan sehingga 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat negeri pada susulan jangkaan cuaca buruk sehingga 9 malam ini.

“Amaran ribut petir dikeluarkan di negeri Perak melibatkan daerah Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, amaran sama dikenakan di Selangor melibatkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Sepang,” katanya.

Sementara itu katanya, amaran sama juga dikenakan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Di Sarawak, kawasan seperti Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Limbang turut dikenakan amaran sama.

“Ribut petir juga diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN