PUTRAJAYA – Bekas pegawai Tentera Darat dan dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya kira-kira pukul 10.02 pagi hari ini bagi proses permohonan reman.
Mereka tiba dengan menaiki dua buah kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketiga-tiga mereka akan direman bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender perolehan Tentera Darat.
Bekas pegawai kanan tentera dan dua isterinya itu dilihat memakai baju tahanan lokap SPRM berwarna oren serta bergari.
Raut wajah bekas pegawai tertinggi tentera itu kelihatan tenang dan menundukkan wajah ketika dibawa masuk ke pekarangan mahkamah.
Semalam, bekas pegawai Tentera Darat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 7 malam semalam bagi membantu siasatan berhubung kes tender perolehan. – KOSMO! ONLINE














