Tiga hari lagi, penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) akan tersenyum senang hati apabila bantuan sehingga RM200 dikreditkan ke dalam akaun mereka. Bantuan ini membabitkan lima juta pengguna, terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan. Selang seminggu, pada 16 Januari ini bantuan Sara bulanan kepada 3.1 juta individu bujang pula masuk akaun. Untuk rekod, Sara bulanan melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM80 bilion untuk tahun ini berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan…














