fbpx
Gambar hiasan

RM1.09 bersamaan 1 Riyal, masa tepat pergi umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengukuhan luar biasa Ringgit Malaysia (RM) awal tahun ini mencetuskan keterujaan dalam kalangan orang ramai apabila mata wang negara itu dilaporkan melonjak ketara berbanding Riyal Arab Saudi (SAR), sekali gus menjadi topik hangat di laman sosial.

Paling mencuri perhatian, kadar pertukaran semasa menunjukkan 1 riyal Arab Saudi bersamaan RM1.09, berada paras yang disifatkan antara terbaik pernah dicapai dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkembangan itu dianggap sebagai ‘hadiah’ awal tahun buat rakyat Malaysia khususnya mereka yang sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.

Tinjauan di portal kewangan global, XE Currency mendapati pengukuhan ringgit berbanding riyal menunjukkan trend memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya, malah jurang nilai kedua-dua mata wang kini hampir menyamai satu sama satu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa lega apabila pengukuhan ringgit dijangka memberi kesan besar kepada kos perbelanjaan jemaah di Tanah Suci termasuk penginapan, makanan dan perbelanjaan harian di Mekah dan Madinah.

“Kalau dulu tukar duit rasa ‘sakit’, sekarang boleh senyum,” kata seorang pengguna media sosial.

Pengukuhan ringgit itu juga dilihat sebagai petanda positif pemulihan ekonomi negara selepas rakyat sekian lama berdepan tekanan kos sara hidup akibat kejatuhan nilai mata wang.

Dengan prestasi ringgit yang semakin kukuh dan stabil, harapan untuk melihat lebih ramai rakyat negara ini dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci dengan kos lebih rendah bukan lagi sekadar impian, sebaliknya realiti yang sedang berlaku pada Januari 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN