fbpx
Tangkap layar video kemalangan di laluan motosikal dari Johor Bahru ke Woodlands, Singapura pagi tadi dikongsikan pengguna media sosial.

[VIDEO] ‘Ramainya…bertindih-tindih motosikal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana kecoh tercetus di laluan motosikal dari Johor Bahru ke Woodlands, Singapura susulan kejadian kemalangan yang membabitkan beberapa buah motosikal pagi tadi.

Kejadian pada pukul 9.50 pagi itu menyebabkan aliran trafik sesak teruk apabila laluan motosikal dipercayai terhalang sepenuhnya ekoran insiden berkenaan.

Menerusi perkongsian pengguna di media sosial, kejadian itu menyebabkan beberapa buah motosikal bertindih di laluan tersebut, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penunggang lain yang melalui kawasan berkenaan.

“Mak ai…betindih-tindih motosikal,” kata Suehaila Sue.

“Aduhai, kasihan. Semua nak pergi kerja pagi,” balas Nurzana Ikhlas.

Menurut beberapa saksi, penunggang motosikal yang tiba di lokasi membunyikan hon secara berterusan sebagai peringatan kepada pengguna lain supaya memperlahankan kenderaan maisng-masing berikutan nahas tersebut.

“Hon panjang dibunyikan supaya penunggang lain sedar (peka) dan tidak pecut. Laluan ini memang berisiko terutama waktu pagi,” terang Khalis.

Beberapa netizen memaklumkan kebanyakan penunggang motosikal lazimnya menunggang pada kelajuan 60 hingga 90 kilometer sejam di laluan itu lebih-lebih bagi mereka yang bekejar masa bekerja di Singapura.

“Situ (lokasi kejadian) semua kalau boleh nak bawa laju, lorong kecil bukan besar macam lorong kereta. Bila dah bertembung, mesti bersambung-sambung kemalangan,” kata seorang pengguna.

Bagaimanapun, punca sebenar nahas masih belum diketahui dan tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN