fbpx
Antara gambar Allaharham Athira bersama bapanya yang sempat dirakamkan.

[VIDEO] Dia dah pergi selamanya – Bapa Athira Auni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Dia dah pergi untuk selamanya. Pak cik hanya boleh tengok baju dan gambar dia.”

Demikian luahan sebak bapa kepada pempengaruh TikTok, Athira Auni yang maut selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran TMG Mall Bandar Putra, Kuantan awal pagi semalam.

Nurul Athira Auni Mohamad Hafizzan, 21, yang kerap membuat kandungan solekan dan menebar roti canai disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian pukul 2.30 pagi tersebut.

Bapanya menerusi siaran langsung di akaun @mohdhafizzan7 pagi tadi meluahkan rasa sedih atas pemergian gadis itu yang kerap membantunya menebar roti canai di kedai.

Lelaki itu merayu orang ramai agar memadam gambar arwah yang boleh mengundang fitnah terutama yang mendedahkan auratnya.

“Kalau sesiapa ada gambar dia (Athira Auni) tolong padam ya sebab orang yang dah pergi kita takut jadi fitnah. Tolong kalau ada gambar tak tutup aurat, tolong padam,” katanya.

Pemergian pempengaruh itu meninggalkan kesan besar buat pengguna media sosial kerana Allahyarham disifatkan anak yang rajin dan sering membantu bapanya menebar roti canai ketika siaran langsung.

“Bila tengok ayah Allahyarham sebak betul rasa. Sebelum ini Allahyarham yang ambil alih tolong ayah dia tebar roti canai sekarang sunyi e.

“Kenal dekat TikTok sahaja, tapi baik dan lemah lembut sangat cara dia bercakap, terasa sangat pemergian dia. Orang baik Allah sayang al-Fatihah,” balas Ieka.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika mangsa menunggang di lorong kanan sebelum sebuah motosikal dari arah belakang dipercayai merempuhnya ketika cuba mengelak ke kiri.

Berdasarkan video saksi di lokasi kejadian yang dimuat naik di akaun TikTok @denikiqm5rz, wanita itu memaklumkan sebelum kejadian terdapat sekumpulan penunggang motosikal didakwa sedang berlumba.

Katanya, dia melihat salah seorang penunggang merempuh motosikal dinaiki Athira sebelum bunyi dentuman dan Allahyarham terseret jauh ke depan.

“Bila dah terseret jauh, saya pergi dekat dia. Saya tak tahu dia dah ‘tiada’ waktu itu. Saya panggil nama dia ‘Auni, Auni’ sambil tepuk bahu dia. Semasa itu nampak tangan dia bergerak lagi, masih bernafas pakai mulut, mungkin tengah mengucap. Kemudian polis kata Athira sudah tiada sebab tangan dah sejuk. Saya terus meraung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@mhmdiwan4 semoga pakcik terus diberi kekuatan🥹🤲🏻 al-fatihah athiraauni #fyp #athiraauni #auni #alfatihah #justiceforathiraauni ♬ suara asli – Vibes lyrics only🥀 – HairLuxLab Official Store

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN