FALMOUTH, MAINE – Segerombolan pencuri di negeri Maine, Amerika Syarikat (AS) melarikan pelbagai jenis makanan laut yang dianggarkan bernilai AS$400,000 (RM1.6 juta) dalam tiga rompakan berasingan, lapor akhbar Metro UK.
Makanan laut itu termasuk tiram, udang kara dan ketam.
Polis berkata, sebanyak 40,000 tiram matang yang bernilai kira-kira AS$20,000 (RM81,000) telah dicuri di Falmouth, Casco Bay pada 22 November lalu.
“Beberapa minggu kemudian, pencuri-pencuri itu melakukan kecurian di Taunton, negeri Massachusettes dengan melarikan ketam dan udang kara dari sebuah gudang,” kata pegawai Peronda Marin Maine, Sarjan Matthew Sinclair
etua Pegawai Eksekutif Rexing Companies, Dylan Rexing berkata, kumpulan pencuri terbabit menyamar sebagai pekerja kurier demi mendapatkan makanan laut itu.
“Mereka mempunyai e-mel palsu, menukar nama di sisi trak dan mempunyai lesen memandu palsu. Ia adalah jenayah yang sangat cekap,” kata syarikat logistik tersebut.
Masih tidak diketahui keberadaan makanan laut tersebut, namun ia dipercayai telah dijual kepada restoran-restoran. – AGENSI














