fbpx
INILAH Pangsapuri Blok 21, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang diserbu pihak berkuasa Rabu lalu bagi mempersihkan kawasan itu daripada PATI.

‘Masih ada, mereka sempat sembunyi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penduduk Pangsapuri Blok 21, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini, mendakwa, masih terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan perumahan berkenaan meskipun pihak berkuasa telah melakukan serbuan Rabu lalu.

Pengerusi Blok 21, Muhammad Suhaily Tambi berkata, keha­diran warga asing di kawasan blok itu masih ketara dan mereka dilihat sedang mengatur gerak untuk berpindah ke rumah rakan-rakan di kawasan lain.

“Ketika serbuan, saya sendiri nampak ada antara mereka me­larikan diri dengan menumpang di rumah kawan yang berada di tingkat lain. Malah, ketika ini ramai antara mereka (yang sempat bersembunyi) telah keluar selepas serbuan dilakukan,” katanya.

Justeru beliau mahu pemilik rumah agar lebih bertanggungjawab selepas ini termasuk memastikan setiap penyewa warga asing memiliki dokumen yang sah.

“Ramai pemilik rumah tidak sedar keselamatan penduduk tempatan akibat tingkah laku warga asing yang menyebabkan pelbagai kerosakan serta aduan diterima termasuk kerosakan jalan masuk utama ke Blok 21.

“Kenderaan warga asing yang keluar masuk tanpa kawalan menyebabkan keadaan jalan semakin teruk menyebabkan pihak pengurusan terpaksa mengeluarkan kos membaik pulih kerosakan yang dilakukan warga asing,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohammad Kamal Sullisim, 51, yang tinggal di perumahan itu sejak tahun 2000 berkata, keha­diran warga asing di situ selepas pandemik Covid-19 menganggu kehidupan mereka yang sering dalam kebimbangan dan berjaga-jaga.

Dia turut berkongsi pengalaman gangguan sosial yang sering berlaku termasuk bunyi bising, kecurian dan kelakuan tidak sopan sesetengah warga asing.

“Masih ramai warga asing di sini. Saya sebagai penduduk tempatan jadi tidak selesa,” katanya.

Rabu lalu, Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur melakukan sebuan menerusi Ops Gegar dan Ops Kutip yang bermula kira-kira pukul 1 pagi di Pangsapuri Blok 21, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam yang disertai kira-kira 35 pegawai dan anggota hasil risikan selama dua minggu.

Ketika serbuan, terdapat beberapa warga asing cuba meloloskan diri sehingga sanggup terjun dari tingkap rumah selain bertindak enggan membuka pintu walau telah diketuk berkali-kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN