fbpx
Gambar bil yang dikongsi di laman Facebook Makan Sedap Johor.

Tak ‘alert’ memang kena tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai terutamanya yang suka makan di gerai atau kedai makan diminta berhati-hati dengan bil yang dikenakan peniaga.

Ini kerana ada peniaga sengaja ‘memerangkap’ pelanggan dengan bil yang mengelirukan terutamanya yang dikira secara manual di atas kertas.

Menerusi perkongsian di media sosial, terdapat peniaga yang sengaja meletakkan harga yang salah supaya pelanggan yang tidak cakna dengan bil mereka ‘terpaksa’ membayar lebih.

“Sekadar peringatan sesama kita. Kalau makan kira dekat meja, pastikan tengok dulu betul atau tak yang dikira tu, jangan pulak terus bayar nanti kena scam pulak.

“Kepada kedai-kedai yang buat sistem macam ni bawa kalkulator sebelum kira tu. Buat yang tak tahu ‘simple’ matematik memang hidup-hidup kena tipu la,” tulis perkongsian itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan peniaga dan menasihat orang ramai supaya mengira semula bil yang dikenakan sebelum membuat pembayaran.

“Kalau sorang dia dapat extra RM10, bayangkan kalau 100 orang, berapa lebihan untung ke rugi. Dari pandang mata untung, tapi Allah nampak kan rugi tu,” komen Haliza Md Tahir.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Boharisupah.

“Kedai makanan Thailand dan kedai runcit biasanya macam ni. Tapi kalau saya memang semak dulu, banyak kali jugak mintak cashier (penjaga kaunter) semak balik jumlah dengan mesin kira,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN