fbpx
Askar Kemboja yang dibebaskan disambut di wilayah Pailin hari ini. - AFP

Thailand bebaskan 18 askar Kemboja 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Thailand hari ini membebaskan 18 tentera Kemboja yang ditawan Julai lalu, kata kedua-dua kerajaan, selepas gencatan senjata baharu berkuat kuasa susulan pertempuran maut di sempadan selama berminggu-minggu.

“Saya mengesahkan bahawa 18 wira kami telah selamat tiba di bumi Kemboja sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan),” kata Menteri Penerangan Kemboja, Neth Pheaktra kepada AFP.

Kementerian Luar Thailand juga mengesahkan penghantaran pulang 18 tentera Kemboja, dengan mengatakan bahawa ia dilakukan sebagai demonstrasi muhibah dan pembinaan keyakinan.

“Saya sangat gembira. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Saya sangat merinduinya,” kata bapa kepada salah seorang tentera yang kembali, Voeung Vy.

Dua negara berjiran di Asia Tenggara itu bersetuju melaksanakan gencatan senjata Sabtu lalu, menamatkan pertempuran baharu di sempadan yang mengorbankan berpuluh-puluh orang dan menyebabkan lebih sejuta kehilangan tempat tinggal bulan ini.

Di bawah gencatan senjata itu, Kemboja dan Thailand berikrar untuk membekukan pergerakan tentera dan bekerjasama dalam usaha menghapuskan periuk api di sepanjang sempadan mereka yang dipertikaikan.

Mereka juga bersetuju untuk membenarkan orang awam yang tinggal di kawasan sempadan pulang secepat mungkin, manakala Thailand akan memulangkan 18 askar Kemboja yang ditawan pada Julai lalu dalam tempoh 72 jam, sekiranya gencatan senjata itu berterusan.

Kemboja berkata, askarnya telah ditawan tentera Thailand pada 29 Julai lalu, hampir lapan jam selepas gencatan senjata pertama yang menghentikan pertempuran maut dikuatkuasakan.

Amerika Syarikat, China dan Malaysia menjadi perantara untuk menamatkan pusingan pertempuran itu, tetapi gencatan senjata tersebut tidak bertahan lama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI