KUALA TERENGGANU – Musim tengkujuh memberi rezeki buat penduduk Kampung Banggol Keratong, di sini apabila mampu meraih pendapatan lumayan daripada menjala ikan sungai. Mereka mampu mengaut hasil jualan hampir RM4,000 dengan menaikkan lebih 800 kilogram (kg) ikan pelbagai spesies dari Sungai Kampung Banggol Kapas berhampiran sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL). Seorang penduduk, Ahmad Nur Esham Japri, 35, berkata, limpahan air sungai pada setiap episod hujan sewaktu MTL pasti membawa ribuan ikan ke alur sungai berhampiran perkampungannya. “Sepanjang MTL ini,……














